Friday, April 16, 2010

nak dpt ilmu agama pon susah...

Nazir masjid boleh dipecat


Mohamad Hasan (tengah) bergambar bersama murid-murid Sekolah Kebangsaan Sikamat selepas majlis perasmian sekolah dan mesyuarat agung PIBG sekolah itu di Seremban, kelmarin.


SEREMBAN 14 April - Nazir masjid yang membenarkan imam tanpa tauliah membaca khutbah Jumaat tanpa menggunakan teks yang diedarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) boleh dipecat.

Amaran itu diberikan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Datuk Seri Mohamad Hasan ketika mendedahkan wujudnya dua buah masjid di daerah itu yang berbuat demikian.

''Saya dukacita dengan perkembangan ini. Saya maklum, wujud dua masjid yang memberikan kebenaran imam tanpa tauliah mengimamkan sembahyang Jumaat.

''Pada masa yang sama, individu tersebut tidak membacakan teks yang diedarkan oleh kita," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian sekolah dan mesyuarat agung PIBG Sekolah Kebangsaan Sikamat, di sini semalam.

Mohamad yang juga Menteri Besar menegaskan, MAINS telah pun memanggil Nazir masjid terbabit baru-baru ini untuk mendapatkan penjelasan.

''Tak perlulah saya maklumkan masjid mana. Jika ada kes sebegini, kita tiada pilihan selain meminta mereka melepaskan jawatan sebagai Nazir.

''Jika mereka enggan, MAINS boleh memecat mereka," katanya.

Mohamad juga hairan, mengapa ada pihak yang tidak faham peraturan itu dan ada kecenderungan pihak pengurusan masjid untuk membenarkan imam tanpa tauliah khususnya dari negara jiran mengimamkan dan menyampaikan khutbah Jumaat.

''Kita mempunyai penceramah yang berkelayakan dan boleh menyampaikan khutbah kepada orang ramai," ujarnya.

Beliau seterusnya menegaskan, pihaknya tidak pernah menghalang atau menyusahkan mana-mana pihak, sebaliknya bimbang wujudnya fahaman yang salah dan boleh memesongkan akidah umat Islam.

''Kita bimbang, jika tidak dikawal ia boleh melarat kepada satu ancaman berbentuk ekstremis," ujar Mohamad.



p/s: tu yg org skang ada mcm2 gejala..yelah ilmu agama kurang.....

No comments:

Post a Comment