1.Jikalau manusia asyik menyibukkan diri mereka dengan dunia maka sibukkanlah diri kita pulak dgn akhirat iaitu dgn beramal sebanyak mungkin kat dunia ni..
2.Jikalau manusia sibuk mencantikkan anggota tubuh luaran badan mereka yang tak menjanjikan apa2..melainkan untuk makanan ulat ngan cacing maka kita cantikkan dalaman rohani kita dgn bezikir,berdoa dan segala amalan kebaikkan yg boleh menundukkan hati kita pada Allah..
3.Jikalau manusia sibuk mencantikkan rumah dan segala harta benda mereka yg tak boleh bawak kat akhirat maka kita cantikkan la kubor kita dgn amalan2 yg boleh terangkan dan menemani kita dikubor sebab kat situ le tempat kita yg selama-lamanye yg pasti..
4.Jikalau manusia sibuk mencari kelemahan dan keburukkan orang lain maka kita perbaikilah
kelemahan dan keburukkan kita agar kita tidak buruk dimata Allah...
5.Jikalau manusia sibuk berbakti kepada manusia dengan bersungguh-sungguh maka kita bersungguh-sunguh la berbakti kpd Allah dgn menunaikan segala haknye yg telah dipertanggunjawabkan atas kita..
6.Jikalau manusia sibuk mengambil dunia untuk kesenangan kat dunia kita ambik la dunia ni sekadar untuk membolehkan kita senang selama-lamanye kat akhirat sok..amin..
p/s:nasihat ni aku dpt dari khuthbah khatib yg aku paham secara ringkasnyer... masa aku pegi semayang jumaat kat sbn selatan sebelum tukor melaka ....23/4/2010
Wednesday, May 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment