raya kedua aku sempat duduk depan komputer.. buka laptop pastu aku taip:
“Dunia ni adalah tempat...”
belum sempat aku nak ngabiskan ayat, aku dengor salam dari luor rumah..kwn aku dtg beraya rupenye.. aku pon tinggalkan computer pastu sambut diorg ngan senyuman ajak masuk.bini aku bancuh air sambil aku bukak tutup kueh raya..tahu apa yg kitaorg borakkan..takde topik menarik cuma tentang mengemaskini arte memasing..
Apa keje skang? Anak berapa org.? Bini dah tambah ke? Kenapa pakai kereta lama lagi? Ada beli tanah ke? Ada buat keje part time tak? Bla bla bla..
boring bukan..bila member aku yg suka update rete dunia tu balik aku sambung balik mender yg aku taip tadi..
“Dunia ni adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana…”
Belum abis ayat dtg lagi member aku sorang lagi..bini aku buat balik air sambil aku bukak balik tutup kueh raya pasal tadi aku dah tutup..kekeke..tahu apa yg aku borakkan...takde bende sgt cuma citer politik je...
Kau tahu tak pen?, sapa bunuh Altantuya? Ko tahu tak anwar berahim tu sapa..kaitan berahim ali ngan perkasa.. Ko tahu kenapa zakat byk org miskin tak dapat.. sebenornya duit tu...bla bla bla..
bila dia dah balik aku sambung balik..
“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta ngan berbangga antara satu sama lain yang mana dunia jugaklah tempat manusia memilih untuk percaya dan mempertahankan apa yang dipercayai walaupon mereka mungkin salah kerana…”
dtg lg member aku yg duduk dekat rmh akak aku kat parit bunga pulak..bini aku bukak tin susu pekat manis pulak pasal nak buat teh..kali ni borak pasal teknologi terkini pulak..
Kau tahu tak pen?, Jepun skang dah buat alat X, israel pulak buat alat Y tapi Malaysia buat research tah apa-apa...
best gak citer member aku ni..dia dah balik aku sambung balik..
“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta ngan berbangga antara satu sama lain yang mana dunia juga tempat manusia memilih untuk percaya dan mempertahankan apa yang dipercayai walaupun mereka mungkin salah kerana mereka ingin memiliki teknologi terkini yang akan…”
Belum sempat aku habiskan ayat dtg lagi member aku yg dok kat kl..ramai pulak yg datang..
bini aku pegi dapur buat air lagi..yg last ni aku tak minat sgt pasal citer pasal artis ngan hibura
Kau tahu tak pen?, ade filem baru best kalau tengok...awie tu 3 line..metalica bla..bla..bla..
balik je dia aku sambung lagi..
“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana dunia juga tempat manusia memilih untuk percaya dan mempertahankan apa yang dipercayai walaupun mereka mungkin salah kerana mereka ingin memiliki teknologi terkini yang akan dapat menonton filem bermutu antarabangsa…”
Belum sempat aku habiskan ayat, dtg lg member sekolah rendah aku yg 10 tahun tak jumpa..yg ni pulak...
dia citer pasal bab akhirat..bab akidah, bab kene suruh bini tutup aurat.. bab org skang buat dosa selambe je tapi buat amal taknak pulak..bla bla bla...
bila dia balik aku pon sambung balik..
“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana dunia juga tempat manusia memilih untuk percaya dan mempertahankan apa yang dipercayai walaupun mereka mungkin salah kerana mereka ingin memiliki teknologi terkini yang akan dapat menonton filem bermutu antarabangsa…”
aku tekan backspace banyak kali sampai tiba ayat yg awal...
“Dunia adalah tempat…”
dalam kepala aku tergambor apa yang aku borak tadi ngan member yg last datang.. iaitu kisah manusia menyesal diakhirat lalu mintak Allah untuk kembali ke dunia tapi Allah tak layan lalu mereka menangis sehingga keluar bijik mata.
akupon sambung tulis...
“Dunia adalah tempat untuk membina akhirat”.
akupun tekan butang 'X' pada bahagian atas sebelah kanan pastu Microsoft word tanya aku dalam Bahasa English:-
“Do you want to save the changes to document1?”
aku tekan “yes” sebab aku setuju bahawa dunia adalah tempat untuk membina akhirat.
Sekian...
p/s: Selamat Hari Raya, dan Selamat Membina Akhirat....
Sunday, September 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment