Wednesday, September 22, 2010

mengapa lelaki kawin lambat...

Bukan sikit laki yang kahwin lambat hari ini. Agaknya nape? aku bagi satu contoh.

Kate le ko sorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekeje sebagai sorang pegawai.

Gaji bulan ko adalah dalam RM 2000 dan ko takde duit simpanan dalam bank.

Setiap bulan, katakanlah belanje makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan belanja lain ada le dalam RM 1200.

Kendian, sebagai anak yang baik, ko kirimkan duit ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500.

Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin ko dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun.

Setahun berlalu, ko berumur 24 tahun. Dengan izin Allah, ko berkenalan ngan sorang gadis impian.

Masing-masing merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi.

Maka, ko pon berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum kahwin.

Ko pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%.

Dibesorkan dengan famili yang sungguh baik, ko menjadi sorang yang 'gentlemen'.

Semua belanja untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya dah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.

Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk berjimat, ko berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan.

Malah, syarikat pon bagi bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi la RM 4000 dalam simpanan. Kini ko ade RM 14,000 dalam bank.

dah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka ko membayor RM8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000.

Kini simpanan bersih ko dah tinggal RM 6000.

Tahun berikutnya, ketika berumur 25 tahun, ko kene bayor pinjaman kete setiap bulan. Jadi simpanan bulanan hanya tinggal RM 400 sebulan.

Bonus pulak kompeni tak bagi pasal prestasi syarikat kurang baik pada tahun tu. Maka, jumlah simpanan semasa hujung tahun adalah RM 11,000 sahaja.

Bertunang

Akhirnya ko membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis impian. Dia gembira ngan setuju.

Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500.

Tahun seterusnya, ko berumur 26 tahun. Alhamdulillah, ko diberi kenaikan pangkat. Gaji ko skang RM3000.

"Ini berita baik! Aku nak menamatkan zaman bujang tahun ni!" ko bersorak girang.

Pada suatu hari,ko mengambik cuti separuh hari untuk berbincang ngan tunang.

Ko : "Berape eh hantaran kahwin kita?"

Tunang : "Berapa-berapa yang you sanggup."

Ko : "RM 5000, okay?"

Tunang : "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!"

Sikit lagi anda nak pengsan mendengar jawapan bakal isteri ko.

"Mana aku nak dapat duit lebih ni?"

Kerja Lebih Kuat

Oleh kerana ko terlalu sayangkan dia, ko bekerja dengan lebih kuat sehingga dianugerahkan pekerja cemerlang. Malah, ko menambahkan pendapatan melalui perniagaan jualan langsung secara kecil-kecilan.

Akhirnya dapat la ko simpan RM20,000 pada tahun tersebut.

Suatu pencapaian yang amat membanggakan!

Sekarang umur ko dah 27 tahun. Duit hantaran pon dah cukup. tapi, mak ko pulak pesan :

"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand-grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita guna katering je la ya? RM 10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita jemput dalam 1000 orang. Set!"

Pengiraan pantas dijalankan :

1000 orang x RM 10 = RM10,000.

Penyanyi, khemah, kad kahwin dan baju = RM 5000.

"Alamak, dah RM 15,000! Belum cincin kahwin lagi! Adoi!" Getus hati ko.

ko 'slow talk' dengan mak ko :

"Mak, nak buat apa membazir duit ni?"

"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul."

"Tapi mak..?"

"Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri datang. Mana la mak nak letak muka mak kalau kita buat kenduri kecik-kecik?"

Akhirnya..

Setelah bersusah payah, akhirnya ko kahwin jugak. Fuh! Seronok dan bersyukur habis.

Tetapi, apakan daya, jodoh ko berdua tak panjang. ko berhutang keliling pinggang ngan kadar 'interest' makin tinggi. ko dah tak mampu nak bayar.

Isteri kesayangan dah letih kalau ko asyik nak mintak duit. Dia tuduh ko tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah dan macam-macam lagi.

Akhirnya? Bercerai..

Masalah yang membuahkan masalah. Kadang-kadang aku pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal di negara kita.

Contoh yang aku huraikan di atas adalah salah satu contoh kasar yang boleh dilihat, kenapa orang kita kahwin lambat atau susah nak kahwin.

Punca masalah:

Pada pandangan aku, budaya kita yang tak kena tempat. Banyak perkara dalam budaya kita yang tidak masuk akal ngan kadangkala meyusahkan diri sendiri.

Budaya yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak kahwin, dengan alasan mereka tidak mampu walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu.

Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang aku buat:

01.Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana.Motif kahwin kan nak menjamu saudara-mara dan rakan-rakan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu diambil kira.

Tak perlu nak membazir duit untuk perkara lain seperti pelamin.

Biasanya, pelamin yang biasa sahaja pun dah berharga RM 1500. Itu baru pelamin. Belum lagi hiasan ini dan hiasan itu.

02."Harga" seseorang wanita diukur dari tahap pendidikan beliau dan bukan diukur dari pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam.

Apabila wang hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan. Sedangkan akad nikah itu lebih penting dari wang hantaran.

03.Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini ia telah menjadi beban.

Zaman kini, perkahwinan sangat rumit dan rata-ratanya takut untuk berkahwin.

citer kwn aku kat Sydney, dia tgk beberapa kawan muslim yang kahwin kat masjid je.

Kemudian ada kenduri kecil yang dijalankan di masjid.

Jemputan terdiri dari jemmah masjid, kawan-kawan dan saudara terdekat.

Perkara yang perlu difokuskan adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya majlis perkahwinan.

Majlis itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan.

Namun hakikatnya kini seolah-olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan tidak menarik?

...and the pressure is on men...


p/s:pikir2 kan le.....

No comments:

Post a Comment